Zikir: Pendinding kita dengan Dajjal.



Dunia kini berada di akhir zaman, maka fitnah semakin berleluasa. Adik ana dan ana pernah berbincang isu ini kerana zaman ini amat dahsyat fitnahnya.

"Long, aku rasa kena buat zikir dah kita ni", kata adik ana suatu pagi.

"Kenapa?".Ana berasa hairan pada mulanya.

"Long, fitnah kuat sekarang ni, kalau tak buat apa-apa alamat dia, nahas kita", dia mula meyuarakan kebimbangannya.

"Aku tau, dunia sekarang ni macam-macam dah jadi. Yahudi makin kuat mencengkam kita. Mungkin tak lama lagi keluar la Dajjal".

"Sebab tu la aku suruh kita buat zikir, zikir mampu menegah hati kita terpengaruh dengan dajjal bila dia mula buat fitnah selama 40 hari".

"Aku tau, di saat masa tu orang ikut dajjal demi makanan dan takut mati kebuluran, kita terpaksa berdepan dan menentang dia. Memang kena buat zikir dah ni"

"Kalau kita zikir, zikir tu la makanan umat Islam ketika di ambang fitnah. Tengok lah sekarang ni, ramai orang ikut telunjuk Yahudi sebab takut tak boleh makanan. Yahudi amat mengancam sekarang ni.Bukan setakat di Palestin je, tapi seluruh dunia. Malaysia sekarang ni dah mula buat perjanjian dengan APCO tu, aku bimbang Malaysia jadi macam Mesir, ikut telunjuk Yahudi. Dah la Malaysia sekarang ni dah sokong Amerika terus, pasal Iran pun Malaysia menyebelahi Amerika. Aku bimbang sekarang ni.."

"Ye? Alamat buruk ni..tak boleh jadi dah ni, kena balik kepada agama balik dah, dunia ni takkan kekal lama, akan musnah juga."

"Betul Long, tak boleh dah ni"

Begitulah sedikit sebanyak dialog antara ana dengan adik ana. Kalau kita lihat kebimbangan ini semakin ketara seolah-olah kemunculan dajjal telah berlaku sekarang. Zikir adalah pendinding antara kita dengan dajjal. Allah sayangkan hambanya dan banyakkanlah berdoa meminta agar Allah menjauhkan kita dari fitnah dajjal.

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!"

Zikir adalah sunnah dari Rasulullah S.A.W kepada kita dan kita sebagai ummatnya haruslah meneruskan sunnah ini demi menjaga hati kita dari terus lalai kepada Allah Taala. Kita digoda pelbagai pelusuk terutama dari syaitan laknatullah. Seharusnya kita sebagai mujahid dan mujahidah agama sepatutnya menunjukkan komitmen kita terhadap agama yang kita cintai ini dari dirosakkan oleh musyrikin Yahudi, Amerika dan sekutu-sekutunya.

Oleh yang demikian, ana menyeru kepada diri ana dan kepada kaum muslimin dan muslimat sekelian agar kita lakukan zikir dalam kehidupan kita walaupun untuk lima minit kerana ianya adalh tuntutan seorang muslim untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya. Ingatlah, kita tidak akan merasai kemanisan iman jika kita tidak bersusah payah untuk mencari kemanisan itu. Takutlah kita kepada Allah dan janganlah kita mendurhakaiNya. Wallahua'lam.

Abu Mujahid
shinshen_mujahid@yahoo.com
UDM Kampus KUSZA
TERENGGANU

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Liku-Liku Kehidupan