Seorang kawan ana, yang mengambil Diploma Syariah UDM bertanya pada ana pada suatu malam. Ana hanya memandang screen telefon ana dan membaca teliti apa yang dikatakan.
"Nak tanya, kenapa nak belajar kat Jordan?"
"Bukan pe..tak kena ngapal Quran 8 juzuk."
"Oh, kiranya tak nak ngapal la ni?"
" Haha, lebih kurang macam tu laa. Tapi ramai orang yang terkandas kes tak lulus hafal Quran"
"Tahu, macam ayah su ana laa..pergi belajar kat Mesir masa ana darjah 1 @ 2 macam tu lah, balik sini masa ana tingkatan tiga..ni buat ana takut nak belajar Mesir nih.."
"Buat pe nak takut, belajar je pun, anti takut sampai bila pun tak dapat pergi"
"Tapi ana takut laa.."
Ana hanya membisu..manusia amat takut kepada menghafal dan terkandas dan inilah senario yang berlaku sejak dahulu hingga sekarang kecuali mereka yang percaya akan kudrat Allah subhanahuwa Taala..Inilah penantian para mahasiswa untuk menentu hala tuju mereka..penantian yang tak pernah berakhir untuk mencari keredhaan Allah, penantian untuk menghadapi dugaaan ketika berada di jalan Allah..penantian sungguh memeritkan tetapi hasilnya agak memuaskan. Namun ada yang tidak mahu menempuhi penantian ini kerana ianya menyeksakan. Ana teringat suatu peristiwa dulu dan pada waktu tu ana berada di tingkatan Tiga di sebuah sekolah Arab, ada seorang kawan ana ni dia nak ke sekolah Teknik, padahal dia dah sekolah Arab dan dia seorang student yang boleh dikatakan bagus..
"Dib, kenapa nak pergi sekolah Teknik", tanya ku lembut
"Iz, aku tak nak hafal-hafal dah,.tension aku dah sekarang nih"
"Sabar dulu..rilek la tu..kita sekolah agama dan menghafal ni suatu perkara biasa bagi kita. Lagi pun tak lama dah, dua tahun je lagi" kataku sambil memujuk.
"Tak nak aku, biar laa aku nak pergi jugak"
Aku termenung..biarlah, dia ada masa depannya sendiri..mungkin tindakan itu baik baginya kot..
Shinshen_mujahid@yahoo.com
Abu Mujahid.
0 comments:
Post a Comment