Masjid Kg Laut- Masjid Tertua di Malaysia



Masjid Kampung Laut adalah salah sebuah masjid kayu yang tertua di negeri Kelantan dan juga di Malaysia.Dalam abad ke-18,Kelantan menjadi tumpuan orang-orang Campa yang datang belajar dan mendalami hukum-hukum Islam termasuklah Khatib Sumat yang terkenal dalam sejarah Islam di Campa. Mengikut cerita daripada masyarakat tempatan bahawa dalam pelayaran tersebut bila mereka tiba diperairan Kuala Kelantan, kapal yang mereka naiki bocor dan dimasuki air. Lalu mereka bernazar jika jika kapal mereka selamat sampai kedarat yang terdekat, mereka akan mendirikan sebuah masjid di tempat tersebut. Dengan ditakdirkan Allah. S.W.T. mereka selamat sampai ke daratan disebelah timur Kampung Laut.

Di situ, mereka telah mendirikan sebuah masjid dengan pertolongan dan sokongan masyarakat setempat untuk membayar nazar mereka.Dipercayai kumpulan alim ulama tersebut juga merupakan dari kumpulan yang sama telah membina masjid-masjid di Campa dan Demak,kerana pelan dan bentuk bangunan masjid tersebut hampir sama dengan Masjid Kampung Laut.

Pada asalnya Masjid ini terletak di Kg. Laut, berhampiran tebing Sungai Kelantan.Pada akhir tahun 1967, tebing Sg. Kelantan mengalami hakisan akibat banjir besar yang telah menyebabkan sebahagian Masjid tersebut rosak. Dan pada November 1968, Masjid tersebut telah dipindahkan ke Kg.Nilam Puri,kira kira 14 km jauh nya dari tapak asal yaitu berhadapan dengan Fakulti Pengajian Islam University Malaya.

Tinjauan ana baru-baru ini mendapati masjid ini masih kukuh dengan asas binaannya masih lagi utuh. Walaupun usia masjid ini sudah hampir 300 tahun, namun tiada tanda-tanda masjid ini mengalami kerosakan. Mungkin ianya diselia dengan rapi oleh pihak Muzium Negeri Kelantan.

Hakikatnya, walau tua atau muda usia sesebuah masjid, namun fungsinya adalah yang paling utama ialah tempat untuk kita beribadah kepada Allah Taala. selain itu juga, ianya adalah tempat bagi umat Islam bersatu padu, bertemu dan mengeratkan ukhuwwah antara sesama umat Islam. Masjid harus dibina dengan penuh ikhlas dan ikhlas untuk menjadikan tempat pertemuan antara orang Islam. Kini, kita lihat banyak masjid, tapi adakah masjid itu dimakmurkan? Masjid, walau secantik mana, se gah manapun, kalau dibandingkan dengan masjid yang akan runtuh esok lusa pun tidak ada beza dari segi pahalanya jika dimakmurkan kerana pahalanya tetap sama kecuali tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa.

Hakikatnya, masjid adalah rumah Allah, jadi makmurkanlah ia kerana ia akan menjadi pembela kita di akhirat kelak.

Abu Mujahid
Shinshen_mujahid@yahoo.com
UDM kampus KUSZA
TERENGGANU

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Liku-Liku Kehidupan